Wawa seorang yang sangat ceria dan
peramah orangnya. Manakala Ikram seorang yang pendiam dan menurut kata kepada
Ibu Bapa. Kisah cinta antara Wawa dan Ikram bermula dengan satu tragedi dimana
mereka bertemu disebuah Taman.
Sedang Ikram mengayuh basikal untuk menikmati waktu
petang yang menyenangkan, secara tidak sengaja Ikram terlanggar Wawa dri
belakang. Wawa yang naik berang terus memarahi Ikram.
Wawa : woi .!!! buta ke?
Ikram : sorry, saya tak perasan
awak tadi.
Wawa : Apa??? Tak Nampak?? Aku
punya besar ni Kau tak Nampak ke?
Ikram : ye saya tak Nampak. Saya
tengok awak tak besar pun.
Wawa : ooo….x besar ye..!! aku nak
Tanya kau, kau Nampak tak kucing dekat tasik tu???
Ikram : Nampak..
Wawa : hah… Nampak pon.. kucing dekat tasik tu kau Nampak aku yang
tengah jogging ni kau tak Nampak pulak..Kucing tu besar ke aku yang besar????
Ikram : Dah tentu la awak yang
besar.
Wawa : Tahu pun…!! Ishhh…. Spoil la kau ni (sambil berjalan
untuk balik)
Ikram : Awak saya mintak maaf.. (jerit)
Wawa : (jilir lidah) Weeekkkk :P
Selepas kejadian itu, Ikram
sentiasa memikirkan tentang Wawa. Kelakar pun ada bila dia mengingati kes dekat
Taman tempoh hari. Dan sejak itu jugak, dia sedar Wawa mempunyai wajah yang
cantik. Anak Mata yang berwarna coklat perang,berkulit kuning langsat, dan
mempunyai lesung pipit di pipi kanannya, amat ayu jika dipandang. Sejak itu
juga hatinya sentiasa bedegup laju.Adakah ini jodohnya.
Bayu pagi yang menyegarkan
membuatkan Ikram cergas untuk berjogging. Ikram yang sedang berlari anak,
tiba-tiba memberhentikan langkahnya apabila terlihat sebentuk badan yang sangat
di kenalinya walapun hanya berjumpa dalam waktu yang sangat singkat. Dia
melangkah dengan penuh yakin untuk mendekatinya. Ikram terkedu bila melihat
Wawa sedang menangis kesedihan. Ikram memberanikan diri untuk bertanya. Entah
kenapa Ikram yang pendiam pada mulanya menjadi lebih berani pabila bertemu Wawa
sejak kali pertamanya.
Ikram : Assalamualaikum awak.
Wawa : (mengesat airmatanya dan
toleh kebelakang ) Waalaikumusalam.
Ikram : Maaf kalau saya ganggu
awak.
Wawa : Ehh..kau rupanya..buat apa
kat sini ???
Ikram : Nak petik daun-daun kat
sini nak bagi gajah makan… (gelak nakal)
Wawa : owh…ambik la kat sana tu,
segar- segar daunnya.. (perli )
Ikram : Awak ni memang pandai
berguraukan..
Wawa : Hmm…
Ikram : Saya nak Tanya awak boleh
??
Wawa : Boleh je tapi bayar RM1.
Ikram : (wat muka seposen) -_-
Wawa : apa kau nak Tanya aku??
Ikram : Saya Tanya ni jangan marah
ye. Kenapa awak nangis??
Wawa : (malu) Mana ada aku
menangis tadi tu enbun pagi kat muka aku
ni. Isshh!!
Ikram : Ishh…awak ni bergurau
pulak. Saya Tanya betul-betul ni.
Wawa : Perlu ke kau tahu??
Ikram : Maaflah kalau saya
bertanya. (muka hampa)
Wawa : Hmm… kau tak payah lah buat
muka sedih pulak. Yelah aku cerita kat kau, tapi kau janji kau jangan gelak.
Kalau kau gelak, siaplah.
Ikram : Okey saya janji (kembali
ceria)
Wawa pun menceritakan sebab dia
menangis kepada Ikram. Sejak itu juga lah, Mereka menjadi kawan baik.Ikram juga
tahu Wawa mempunyai hati yang sangat lembut walaupun zahirnya sangat garang
bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya lebih- lebih lagi kaum
Adam. Wawa yang sangat sedih ditinggalkan begitu saja oleh teman lelakinya tanpa
sebab membuatkan Ikram faham dengan keadaan Wawa hadapi sekarang. Ikram juga
pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya hanya sebab dia tidak tahu
memujuk. Cukup membuatkan hatinya begitu
terluka, apatah lagi Wawa yang ditinggalkan tanpa sebab. Ikram menjadi teman
setia untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh Wawa. Ikram begitu kagum
dengan ketabahan Wawa, walaupun hatinya terluka, namun Wawa boleh lagi
tersenyum berbanding Ikram yang dulunya sungguh lemah dan menemui jalan buntu
ketika ditinggalkan oleh teman wanitanya.
Walaupun sudah satu tahun
ditinggalkan, Ikram tetap teringat akan teman wanitanya. Namun pabila bertemu
dengan Wawa, Ikram yang lemah kini kembali ceria.
Enam bulan selepas itu,
Ikram dan Wawa semakin akrab.
Ikram yang menaruh hati pada Wawa hanya
mencintai Wawa dalam hati. Dalam Ikram tak sedar Wawa juga mencintai Ikram tapi
mereka tak berani luahkan hati masing- masing. Bila bertemu masing- masing
hanya berlakon seperti kawan baik macam orang lain. Pada hati masing – masing
mengharapkan hubungan yang lebih rapat . Wawa yang dikenali kasarnya dulu, kini
menjadi seorang yang sangat manja. Ikram pula, sangat penyayang orangnya.
Ikram hantar pesanan ringkas
kepada Wawa..
Ikram : Wa (pangilan manja Wawa)
Ikram nak jumpa Wa petang ni. Kat tempat biasa ye yunk..hehe
Wawa : (hati berbunga &
bergurau nakal ) Okey cayang.
Petang yang cerah mengambarkan
hati mereka yang gembira. Ikram membawa coklat kegemaran Wawa untuk menceriakan
lagi suasana. Wawa pula ingin menghadiahkan sehelai Kemeja , Khas untuk Ikram
yang berwarna putih, melambangkan cinta yang suci.
Tapi itulah perjumpaan mereka yang
terakhir, Ikram dan Wawa berdiri disisi jalan yang berlainan. Masing –
masing berhadapan, tapi ikram diseberang
jalan untuk ke Taman, Manakala Wawa diseberang jalan untuk menyambut kedatangan Ikram yang ingin
melintas jalaN. Ikram seorang yang tak berapa pandai untuk melintas, namun demi
Wawa dia memberanikan juga. Jalan yang sesak, Digunakan Lori dan kereta untuk
bergerak menyukarkan Ikram untuk melintas. Ikram hanya menunggu traffic light
memberi isyarat untuk pengguna berjalan kaki melintas. Ikram
melangkah kehadapan pabila lampu jalan berwarna hijau, Namun pengguna
jalan raya yang tidak mengikut undang – undang melanggar lampu isyarat telah
membuatkan Ikram jatuh rebah dipersimpangan jalan. Wawa yang melihat kejadian
dihadapan matanya membuatkan dia berdiri kaku pabila melihat Ikram dilanggar
dengan sebuah Van. Wawa berlari untuk mendapatkan Ikram yang terbaring dengan
berlumuran darah dikepala membuatkan Wawa cemas dan buntu. Wawa menangis
teresak- esak dan meminta tolong menghubungi Ambulans. orang ramai hanya membantu mengangkat Ikram ke sisi
jalan untuk pengguna jalan raya yang lain.
Ikram yang separuh sedar,menyebut
nama Wawa untuk berada disisinya. Ikram yang berbaring dipeha Wawa hanya
mengenggam tangan Wawa dengan erat serta memberi sekotak coklat yang dibawa
Khas untuk Wawa. Wawa hanya mampu menangis ketika itu dan memberi semangat
kepada Ikram untuk bertahan sehingga ambulan datang. Namun takdir telah
memisahkan Wawa dan Ikram untuk bersama.
Saat nafas yang terakhir, Ikram
memberanikan diri untuk meluahkan rasa cinta terhadap Wawa. Digenggam erat
tangan Wawa dan mengatakan “ Ikram cintakan Wawa”. Wawa yang menangis teresak-
esak terkedu dengan penyataan Ikram. Wawa juga membalas “ Wawa pun Cintakan
Ikram, Ikram dah janji dengan Wawa, yang
Ikram takkan tinggalkan Wawa”. Ikram hanya tersenyum dan berkata “Ikram janji
Wa, kita akan bertemu di syurga kelak”. Ikram menghembuskan nafasnya yang terakhir
disisi Wawa. Wawa sedih, dan memeluk jasad Ikram, serta menutup wajah Ikram
dengan Kemeja Putih yang ingin
dihadiahkan kepada Ikram. Dia tidak menyangka Kemeja itu untuk menutup
wajah orang yang dia sangat dicintai. Tidak lama kemudian ambulan datang untuk
mengambil jasad Ikram dan Ikram di sahkan Meninggal Dunia di tempat kejadian.
Seminggu selepas kejadian,
Wawa yang dulunya ceria, kini
menyepikan diri. Kotak Coklat yang dihadiahkan Ikram sentiasa dipegang. Wawa
tergerak hati untuk membuka kotak coklat . Pabila dibuka Wawa terlihat sepucuk
surat yang bertulis.
Assalamualaikum Wa.
Sejak pertama kali Ikram melihat
Wawa, hati Ikram rasa tenang sangat. Tujuan Ikram menulis surat ini, untuk
meluahkan perasaan Ikram pada Wawa yang Ikram Cintakan Wawa dan sayangkan Wawa.
Walaupun Wawa bukan yang pertama Bagi Ikram tapi Wawa yang terakhir untuk
Ikram. Jika Ikram tiada nanti, Ikram harap Wawa dapat meneruskan hidup dengan
baik dan jaga diri baik- baik. Ikram sentiasa menemani Wawa dimana saja. “Hanya
kau dihatiku”. Itu janji Ikram pada
Wawa.
Pencintamu
Ikram
Wawa
hanya mampu berdoa untuk Ikram tenang disana. Walaupun cinta mereka baru
diketahui dengan tragedy, namun Wawa bahagia dengan cinta yang Ikram beri
padanya. Wawa takkan melupakan Ikram sampai bila- bila.
: TAMAT: