BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 19, 2012

HANYA KAU DIHATIKU






Wawa seorang yang sangat ceria dan peramah orangnya. Manakala Ikram seorang yang pendiam dan menurut kata kepada Ibu Bapa. Kisah cinta antara Wawa dan Ikram bermula dengan satu tragedi dimana mereka bertemu disebuah Taman.
Sedang  Ikram mengayuh basikal untuk menikmati waktu petang yang menyenangkan, secara tidak sengaja Ikram terlanggar Wawa dri belakang. Wawa yang naik berang terus memarahi Ikram.

Wawa : woi .!!! buta ke?
Ikram : sorry, saya tak perasan awak tadi.
Wawa : Apa??? Tak Nampak?? Aku punya besar ni Kau tak Nampak ke?
Ikram : ye saya tak Nampak. Saya tengok awak tak besar pun.
Wawa : ooo….x besar ye..!! aku nak Tanya kau, kau Nampak tak kucing dekat tasik tu???
Ikram : Nampak..
Wawa : hah… Nampak pon..  kucing dekat tasik tu kau Nampak aku yang tengah jogging ni kau tak Nampak pulak..Kucing tu besar ke aku yang besar????
Ikram : Dah tentu la awak yang besar.
Wawa : Tahu pun…!!  Ishhh…. Spoil la kau ni (sambil berjalan untuk balik)
Ikram : Awak saya mintak maaf.. (jerit)
Wawa : (jilir lidah) Weeekkkk :P

Selepas kejadian itu, Ikram sentiasa memikirkan tentang Wawa. Kelakar pun ada bila dia mengingati kes dekat Taman tempoh hari. Dan sejak itu jugak, dia sedar Wawa mempunyai wajah yang cantik. Anak Mata yang berwarna coklat perang,berkulit kuning langsat, dan mempunyai lesung pipit di pipi kanannya, amat ayu jika dipandang. Sejak itu juga hatinya sentiasa bedegup laju.Adakah ini jodohnya.

Bayu pagi yang menyegarkan membuatkan Ikram cergas untuk berjogging. Ikram yang sedang berlari anak, tiba-tiba memberhentikan langkahnya apabila terlihat sebentuk badan yang sangat di kenalinya walapun hanya berjumpa dalam waktu yang sangat singkat. Dia melangkah dengan penuh yakin untuk mendekatinya. Ikram terkedu bila melihat Wawa sedang menangis kesedihan. Ikram memberanikan diri untuk bertanya. Entah kenapa Ikram yang pendiam pada mulanya menjadi lebih berani pabila bertemu Wawa sejak kali pertamanya.

Ikram : Assalamualaikum awak.
Wawa : (mengesat airmatanya dan toleh kebelakang ) Waalaikumusalam.
Ikram : Maaf kalau saya ganggu awak.
Wawa : Ehh..kau rupanya..buat apa kat sini ???
Ikram : Nak petik daun-daun kat sini nak bagi gajah makan… (gelak nakal)
Wawa : owh…ambik la kat sana tu, segar- segar daunnya.. (perli )
Ikram : Awak ni memang pandai berguraukan..
Wawa : Hmm…
Ikram : Saya nak Tanya awak boleh ??
Wawa : Boleh je tapi bayar RM1.
Ikram : (wat muka seposen) -_-
Wawa : apa kau nak Tanya aku??
Ikram : Saya Tanya ni jangan marah ye. Kenapa awak nangis??
Wawa : (malu) Mana ada aku menangis tadi tu enbun  pagi kat muka aku ni. Isshh!!
Ikram : Ishh…awak ni bergurau pulak. Saya Tanya betul-betul ni.
Wawa : Perlu ke kau tahu??
Ikram : Maaflah kalau saya bertanya. (muka hampa)
Wawa : Hmm… kau tak payah lah buat muka sedih pulak. Yelah aku cerita kat kau, tapi kau janji kau jangan gelak. Kalau kau gelak, siaplah.
Ikram : Okey saya janji (kembali ceria)

Wawa pun menceritakan sebab dia menangis kepada Ikram. Sejak itu juga lah, Mereka menjadi kawan baik.Ikram juga tahu Wawa mempunyai hati yang sangat lembut walaupun zahirnya sangat garang bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya lebih- lebih lagi kaum Adam. Wawa yang sangat sedih ditinggalkan begitu saja oleh teman lelakinya tanpa sebab membuatkan Ikram faham dengan keadaan Wawa hadapi sekarang. Ikram juga pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya hanya sebab dia tidak tahu memujuk.  Cukup membuatkan hatinya begitu terluka, apatah lagi Wawa yang ditinggalkan tanpa sebab. Ikram menjadi teman setia untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh Wawa. Ikram begitu kagum dengan ketabahan Wawa, walaupun hatinya terluka, namun Wawa boleh lagi tersenyum berbanding Ikram yang dulunya sungguh lemah dan menemui jalan buntu ketika ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Walaupun sudah satu tahun ditinggalkan, Ikram tetap teringat akan teman wanitanya. Namun pabila bertemu dengan Wawa, Ikram yang lemah kini kembali ceria.

Enam bulan selepas itu,

Ikram dan Wawa semakin akrab. Ikram yang menaruh hati pada Wawa  hanya mencintai Wawa dalam hati. Dalam Ikram tak sedar Wawa juga mencintai Ikram tapi mereka tak berani luahkan hati masing- masing. Bila bertemu masing- masing hanya berlakon seperti kawan baik macam orang lain. Pada hati masing – masing mengharapkan hubungan yang lebih rapat . Wawa yang dikenali kasarnya dulu, kini menjadi seorang yang sangat manja. Ikram pula, sangat penyayang orangnya.

Ikram hantar pesanan ringkas kepada Wawa..

Ikram : Wa (pangilan manja Wawa) Ikram nak jumpa Wa petang ni. Kat tempat biasa ye yunk..hehe
Wawa : (hati berbunga & bergurau nakal ) Okey  cayang.

Petang yang cerah mengambarkan hati mereka yang gembira. Ikram membawa coklat kegemaran Wawa untuk menceriakan lagi suasana. Wawa pula ingin menghadiahkan sehelai Kemeja , Khas untuk Ikram yang berwarna putih, melambangkan cinta yang suci.

Tapi itulah perjumpaan mereka yang terakhir, Ikram dan Wawa berdiri disisi jalan yang berlainan. Masing – masing  berhadapan, tapi ikram diseberang jalan untuk ke Taman, Manakala Wawa diseberang jalan  untuk menyambut kedatangan Ikram yang ingin melintas jalaN. Ikram seorang yang tak berapa pandai untuk melintas, namun demi Wawa dia memberanikan juga. Jalan yang sesak, Digunakan Lori dan kereta untuk bergerak menyukarkan Ikram untuk melintas. Ikram hanya menunggu traffic light memberi isyarat untuk pengguna berjalan kaki melintas.  Ikram  melangkah kehadapan pabila lampu jalan berwarna hijau, Namun pengguna jalan raya yang tidak mengikut undang – undang melanggar lampu isyarat telah membuatkan Ikram jatuh rebah dipersimpangan jalan. Wawa yang melihat kejadian dihadapan matanya membuatkan dia berdiri kaku pabila melihat Ikram dilanggar dengan sebuah Van. Wawa berlari untuk mendapatkan Ikram yang terbaring dengan berlumuran darah dikepala membuatkan Wawa cemas dan buntu. Wawa menangis teresak- esak dan meminta tolong menghubungi Ambulans. orang  ramai hanya membantu mengangkat Ikram ke sisi jalan untuk pengguna jalan raya yang lain.

Ikram yang separuh sedar,menyebut nama Wawa untuk berada disisinya. Ikram yang berbaring dipeha Wawa hanya mengenggam tangan Wawa dengan erat serta memberi sekotak coklat yang dibawa Khas untuk Wawa. Wawa hanya mampu menangis ketika itu dan memberi semangat kepada Ikram untuk bertahan sehingga ambulan datang. Namun takdir telah memisahkan Wawa dan Ikram untuk bersama.
Saat nafas yang terakhir, Ikram memberanikan diri untuk meluahkan rasa cinta terhadap Wawa. Digenggam erat tangan Wawa dan mengatakan “ Ikram cintakan Wawa”. Wawa yang menangis teresak- esak terkedu dengan penyataan Ikram. Wawa juga membalas “ Wawa pun Cintakan Ikram, Ikram dah janji  dengan Wawa, yang Ikram takkan tinggalkan Wawa”. Ikram hanya tersenyum dan berkata “Ikram janji Wa, kita akan bertemu di syurga kelak”. Ikram menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi Wawa. Wawa sedih, dan memeluk jasad Ikram, serta menutup wajah Ikram dengan Kemeja Putih yang ingin  dihadiahkan kepada Ikram. Dia tidak menyangka Kemeja itu untuk menutup wajah orang yang dia sangat dicintai. Tidak lama kemudian ambulan datang untuk mengambil jasad Ikram dan Ikram di sahkan Meninggal Dunia di tempat kejadian.

Seminggu selepas kejadian,

Wawa yang dulunya ceria, kini menyepikan diri. Kotak Coklat yang dihadiahkan Ikram sentiasa dipegang. Wawa tergerak hati untuk membuka kotak coklat . Pabila dibuka Wawa terlihat sepucuk surat yang bertulis.

Assalamualaikum Wa.
Sejak pertama kali Ikram melihat Wawa, hati Ikram rasa tenang sangat. Tujuan Ikram menulis surat ini, untuk meluahkan perasaan Ikram pada Wawa yang Ikram Cintakan Wawa dan sayangkan Wawa. Walaupun Wawa bukan yang pertama Bagi Ikram tapi Wawa yang terakhir untuk Ikram. Jika Ikram tiada nanti, Ikram harap Wawa dapat meneruskan hidup dengan baik dan jaga diri baik- baik. Ikram sentiasa menemani Wawa dimana saja. “Hanya kau dihatiku”.   Itu janji Ikram pada Wawa.
                                                                                                                                        Pencintamu   
                                                                                                                                             Ikram    

Wawa hanya mampu berdoa untuk Ikram tenang disana. Walaupun cinta mereka baru diketahui dengan tragedy, namun Wawa bahagia dengan cinta yang Ikram beri padanya. Wawa takkan melupakan Ikram sampai bila- bila.


                                                                         : TAMAT:           



                                                                                                         








No comments:

Post a Comment