BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

LARA LAGI



Kisah bermula dari mata turun ke hati. Dua insan yang sedang mencari cinta sejati menjadi kenyataan pabila pintu hati diketuk semula oleh insan yang benar-benar tulus dan ikhlas mencintai hati mereka.

Sebelum ini, Iza telah dikecewakan oleh bekas teman lelakinya Rizal. Rizal yang dulu menjadi pelita hati Iza telah memadamkan bara cinta Iza yang sangat setia padanya. Iza kesal mencintai Rizal sepenuh hatinya, sedangkan Rizal hanya memperalatkan Iza dengan berfoya-foya bersama perempuan lain. Iza hanya la teman ketika dukanya sahaja. Sungguh terhiris hati Iza dengan sikap Rizal. Dengan kata putusnya iza meminta agar hubungannya terhenti disini.
Hari demi hari, Iza menempuh dugaan dengan tabah seorang diri. Iza hanya mampu berdoa agar diberi seorang lelaki yang boleh mencintainya sepenuh hati dengan tulus. Iza tidak sangup dipermainkan sebegitu lagi. Cukup la hanya sekali dalam seumur hidupnya. Tapi apakan daya jika takdir sudah memberinya sebegitu. Hanya doa yang mampu dimohon pada yang MAHA ESA.
Setahun berlalu………..
Perkenalan bermula dari facebook, mereka yang sedang asyik berchating setiap hari telah membawa satu perasaan yang berbeza dari hati yang sedang punah dengan kekecewaan. Hadirnya Azim dalam diri Iza telah memberi satu sinar dalam diri Iza. Dalam diam Iza mencintai Azim, begitu juga Azim terhadap Iza. Mereka saling memendam perasaan antara satu sama lain.

Dua bulan semasa perkenalan….

Azim meluahkan perasaanya terhadap Iza dengan tulus semasa berchating di facebook. “ Iza saya cintakan awak???boleh awak jadi teman saya???” walaupon sedikit malu tetapi Azim cuba untuk memberanikan diri untuk mengatakan cintanya terhadap Iza. Iza hanya terdiam dengan kata-kata Azim. Dalam hatinya “benarkah semua ni?? Atau hanya aku salah baca chat dia??”. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hati Iza pabila cinta diamnya terhadap Azim tidak sia-sia. Iza berpura-pura tidak faham dengan chat Azim “ awak demam ye????hihihi.” Balas chat Azim “ x demam pon la.. saya serius ni awak?? Awak jawab la ???. Iza membalaz “ okey awak,saya jawab nie.. saya terima jadi teman awak.. hihihi ^_^.. Pabila Azim membaca chat Iza, Azim happy sangat dan berjanji pada Iza “awak saya janji pada awak saya akan sayang,cinta dan jaga awak lebih dari diri saya..saya janji awak..hanya awak gadis yang ada dalam hati saya..”

Setelah sebulan mereka bercinta, Azim Teringin sangat berjumpa dengan Iza secara face to face. Handphone Iza berbunyi, pabila Iza melihat 1 massage from Azim “Sayang Iza, Azim teringin sangat nak jumpe Iza. Boleh x??? Iza membalaz “Boleh saje cayang, Tapi hanya hari sabtu dan ahad je yang Iza free.” Dengan gembiranya azim membalaz “Kalau macam tu okey la sayang, sayang pilih tempat kite jumpe ye?? Setelah berfikir panjang, Iza membalaz massage Azim “Iza rasa kita jumpe dikawasan pergunungan,tempat 2 tenang je,Iza suke. Balaz Azim “Okey sayang,kita jumpe disana hari sabtu nie yew, rindu sayang sangat2.. hihihi..
Pagi sabtu Azim bersiap sedia untuk berjumpe dengan kekasih hatinya Iza, Azim berpakaian kemas, dengan memakai baju kemeja, seluar jeans hitam, rambut belah tepi, dah sedikit haruman Adidas. Azim kelihatan sangat hensome, dengan memiliki wajah yang tampan. Begitu juga Iza, dengan berbaju t-shirt dan kain panjang yang cerah warnanya, sedikit make-up yang dikenakan pada wajahnya menampakan natural beauty, rambut yang dibiarkan lepas,menampakan Iza lebih cantik sebegitu.

Pabila Azim sampai di kawasan pergunungan tersebut, Mata Azim melilau mencari Iza. Azim x pernah melihat wajah Iza sebelum ini,hanya berkenalan dengan mata hati sahaja,begitu jua Iza tidak pernah melihat wajah Azim. Ini disebabkan masing-masing tidak meletakkan gambar yang sebenar di profile facebook,mahupon handphone.

Azim memulakan dengan menghantar massage kepada Iza “sayang Iza dekat mana??? Sayang pakai baju color ape??. Iza membalaz “sayang dah sampai, Iza pakai baju color pink berkain putih.” Pabila Iza terlihat seorang lelaki yang berpakaian kemas dan berkemeja, Iza menegur dan bertanyakan nama lelaki itu, Lelaki itu berpaling dan terlihat wajah Iza yang sangat lembut dan mulus, bibir merah bak delima, rambut panjang lurus, seumpama dia telah melihat seorang bidadari. Iza yang hairan dengan sikap lelaki itu mengejutkan lelaki itu dengan menegur “ awak…..awak…apa nama awak?? Lelaki tersebut terbangun dari khayalannya “ EEEhhh….sory ye awak, aaa…aaa…nama saya Azim..saya tengah tunggu orang nie.. Azim tergagap-gagap. Iza yang mendengar nama azim terus tersenyum dengan kelakuan Azim. Kemudiaan Iza memperkenalkan dirinya terhadap Azim “ Nama saya Iza, Azim kenal Iza kan?? Ke nak Iza kenalkan diri Iza lagi macam dekat facebook dulu.” Kemudian Iza dan Azim tergelak bersama. Azim tidak sangka Iza secantik itu,dan Iza x sangka yang Azim sekacak jejaka yang dia impikan.

Mereka berbual tentang diri masing-masing. Azim asyik memandang wajah ayu Iza, dan Iza membalas pandangan terhadap Azim , Masa itu mereka saling berpandanga antara satu sama lain, dengan angin bayu yang meniup sejuk serta dengan permandangan gunung yang sangat cantik telah melahirkan perasaan cinta yang teramat antara mereka. Sepanjang pertemuan mereka menghabiskan masa dengan berbual dan cerita-cerita dongeng yang terdapat di pergunungan itu. Ia merupakan satu pertemuan yang sangat romantic dan akan dikenang sampai bila-bila bagi diri Iza dan Azim. Berakhirnya perpisahan mereka semasa langit kemerah-merahan ingin terbenam. Disitulah berakhirnya Azim dan Iza melihat wajah insan yang sangat dicintainya. Lambaian tangan Iza benar-benar membuat hati Azim tersentuh,dalam diri azim ingin saja dia memeluk erat Iza dalam dakapannya agar mereka tidak berpisah.


Hari demi hari, Azim merasa rindu yang teramat pada Iza,begitu juga iza terhadap Azim. Setiap bulan Iza dan Azim berjumpa ditempat yang sama. Cinta mereka bersaksikan gunung-ganang , angin, dan juga janji-janji yang tidak akan tinggalkan diri masing-masing.

Setelah Empat tahun bercinta……

Hadirnya seorang insan yang bernama Mila. Mila adalah pilihan hati kedua ibubapa Azim. Mila anak salah seorang rakan bapa Azim. Ibubapa Azim telah bersetuju untuk mengahwini Azim dengan Mila. Azim tidak bersetuju dengan ibubapanya untuk memilih pasangan hidupnya.Sedangkan dalam diri Azim hanya Iza yang bertahta. Tapi apakan daya seorang anak yang soleh,harus patuh dengan kedua ibubapa nya. Azim terpaksa akur dengan permintaan Ibu dan bapanya.
Perjumpaan antara Mila dan Azim diadakan dirumah Azim, Sesi perkenalan bermula. Pada pandangan pertama, Mila jatuh hati dengan Azim yang berwajah tampan dan hormat kedua ibu bapanya. Malam itu juga, Azim menceritakan sebab dia tidak mahu kahwin bersama Mila. Pada mulanya Mila kecewa,tapi Mila juga hormat dengan keputusan Azim bahawa Azim sudah mempunyai insan yang dia cintai. Mila tidak mahu perkahwinan yang terpaksa,tapi Mila mahukan perkahwinan yang membawa kebahagian . Sepanjang malam Mila memikirkan alasan untuk tolak lamaran ibubapa Azim.
Pada pagi sabtu, ibubapa Azim datang untuk merisik Mila.Mila tolak lamaran ibubapa Azim, dengan alasan Mila tidak mahu paksa hati Azim untuk menerimanya. Ibubapa Azim yang tidak berpuas hati dengan alasan Mila,telah bertanya kepada Azim “apa yang telah berlaku sekarang ini azim???”kata bapanya. Azim menjawab “Papa.. Azim dah ada pilihan hati Azim. Azim hanya mencintainya seorang. Tak mungkin Azim boleh mencintai Mila sebegitu” Dato Rahman yang tidak boleh terima dengan alasan anaknya telah menampar wajah Azim dengan kuatnya. Azim hanya mendiamkan diri. Ibu Azim yang kecewe dengan sikap Azim menangis dan merayu kepada anaknya untuk menerima Mila sebagai isterinya.

Sepanjang malam itu, Azim tidak dapat lelapkan matanya. Dia hanya memikirkan hati Iza yang mungkin akan terluka dengan perkahwinan itu. Tapi apakan daya dia sebagai anak harus akur dengan ibubapanya. Dia terpaksa memberitahu dengan Iza tentang perkahwinan dia dan Mila gadis pilihan yang akan ditetapkan pada bulan depan. Malam itu, Azim menghantar message pada Iza “ sayang…. Esok Azim nak kita berjumpa ditempat biasa, ada hal yang Azim nak beritahu.” Iza tahu tentang perkahwinan Azim dengan Mila melalui muka buku majalah.Terpampang tajuk besar majalah “Anak Dato Rahman akan berkahwin pada bulan depan dengan Anak Dato Rahimi. AZIM DAN MILA” . Iza terduduk kaku dengan apa yang dilihatnya. Hanya tuhan yang tahu betapa terlukanya Iza ketika itu, tapi apakan daya dia hanya mampu merancang dan beserah,selebihnya hanya takdir yang menentukan. Dengan pasrah Iza membalaz “ baik cayang…esok kite jumpa..Iza ada something nak beri pada Azim.”
Malam yang sejuk,bertukar menjadi basah dengan air hujan yang lebat seakan mengetahui betapa sedihnya hati Iza ketika itu, dengan wajah yang dibasahi airmata yang mengalir seakan tidak mahu berhenti menangis. Sehinggalah Iza lena dengan airmata yang kering sendiri dipipi.

Pada ke esokkan harinya……

Pagi itu, Iza melangkah dengan gagahnya untuk berjumpa Azim dengan senyuman yang terukir. Azim hanya melihat jauh kelakuan Iza itu. Iza dengan wajah yang ceria dapat menutup segala duka dihatinya. Azim memegang erat jari-jemari Iza dengan meluahkan segala yang ingin diberitahunya. “ Iza….Azim minta maaf sangat-sangat jika Azim telah melukakan hati Iza selepas perbicaraan Azim ini.” Azim menarik nafas dan menghembuskan nafas secara lembut untuk meneruskan bicaranya “ Azim sayang Iza yang teramat sangat. Azim tak ada niat nak lukakan hati Iza dengan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh family Azim.. Azim cuba untuk mempertahankan cinta kita, tapi Azim x dapat buat begitu. Azim mintak maaf sayang..” Airmata Azim jatuh kepipi. Iza yang sebak melihat Azim menangis, telah menyapu airmata yang berada dipipi Azim dengan tangan lembutnya. Azim yang sedih terus memengang erat tangan Iza yang berada dipipinya agar Iza faham dengan dugaan yang
dipikulnya.

Iza menarik nafas berat meluahkan perasaanya terhadap Azim “ cayang.. Iza tahu semua ni, Iza tahu dari majalah semalam. Iza tahu Azim sayang sangat-sangat pada Iza,begitu juga hati Iza cayang. Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang tetapi takdir yang menentukan segalanya. Iza terima seadanya jika ini bukan jodoh kita. Tapi ingat lah cayang,cayang tak pernah melukakan hati Iza selama ini. Cayang lah yang telah memberi sinar pada Iza. Semua kenangan kita di gunung ini cayang. Dari permulaan kita bertemu hinggalah perpisahan. Semuanya disini…” Iza yang sebak telah mengalirkan airmatanya dihadap Azim. Azim memeluk erat pinggang Iza seakan tidak ingin melepaskannya.

Iza meneruskan luahan hatinya terhadap Azim “ dengan ini Iza mengundur diri agar cayang akan bahagia dengan Mila. Iza akan doakan kebahagian cayang. Iza tak mahu menjadi penghalang terhadap cayang dengan Mila.Jaga lah Mila dengan baik seperti mana cayang jaga Iza selama ini.” Secara lembut Iza melepaskan tangan nya dari gengaman Azim. Azim terus memujuk hati Iza tapi Iza tetap pergi meninggalkan Azim. Disini la peerpisahan berakhir.
Sejak dari perpisahan itu, Azim dan Mila berkahwin, dia menjaga Mila dengan sepenuh hatinya seperti mana permintaan Iza. Sejak itu, Azim sering ke gunung untuk melepaskan rindunya terhadap kenangan terindahnya dulu bersama Iza.
-TAMAT-

Ku tak secantix anggrek
Tak seanggun gelombang laut
Wanita yg tak sempurna
Cuma wanita biasa
Dengan kesalahan dan kealpaan adalah tempatku
Cuma mencoba menjalani hidup dengan sebaik baiknya

‎______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

No comments:

Post a Comment